Friday, October 29, 2010

Koleksi EBM 30hb oktober 2010....

Nak tunjuk stok ebm yang ada skrg nie.....tuk rakan2 yg bf bby sama2 la kuatkan semangat terus membuat stok tuk ank....mujurla ada deep freezer ngah....so tumpangla sementara ada kat umah mak ayah! terima kasih byk2 kat ngah yg sudi tumpangkan freezer....



10minit.....

Ari nie ada meeting, so kena la memerah di meja sendiri....pakai nursing la nampaknye....nie hasilnye

Friday, October 22, 2010

Kelebihan coklat.....

Antara kelebihan coklat :

  1. Membantu meningkatkan daya hafalan & menguatkan daya memori
  2. Membantu memulihkan saraf yang letih
  3. Melambatkan proses penuaan
  4. Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
  5. Membantu menajamkan mata dan minda
  6. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
 nie coklat tau!

Monday, October 18, 2010

Susu ibu Anugerah Allah..

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.
Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.


Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.


Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.


Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.


Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.


Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.


Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

Tidak perlu air kosong...

Telah ditakrifkan bahawa penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA.
Tahukah anda bahawa bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan tambahan air lain termasuk air masak atau air kosong, glukosa, jus, air teh, kopi dan sebagainya ?
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
  1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
  2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
  4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.

Apa itu kolostrum?

Adalah biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak mengalami “kurang susu” atau “tiada susu” pada hari-hari awal selepas kelahiran bayi kerana pada 3 hari pertama itu yang dihasilkan hanyalah kolostrum yang pekat, melekit, berwarna kekuningan dan tidak menyerupai air susu.

Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi baru lahir kerana kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindunginya daripada jangkitan penyakit. Ia kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).
Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran. Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.  Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus.
Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir sekali itu sahaja, jadi berilah peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.

Mitos & fakta tentang penyusuan susu ibu.....

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
p/s Thanks to Shida (charantya) kerana berkongsi info ini. Adaptasi daripada hasil perjumpaan Mother-to-Mother Peer Support Group, Penang pada April 2008. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie (dan sedikit penambahan dan ubahsuaian daripada saya).

Tuesday, October 12, 2010

100gram lagi.....

Alhamdulillah....syifa naik 100g lg....apa pon yg penting dia sihat! tanya ngan nurse....dia kata x per selagi blom cecah line kuning! ok!






Apapon mama doakan ank2 mama sihat....jd ank2 yg taat perintah Allah...

Perkahwinan sepupu fairuz(ayuk)

Pas balik dari zoo kami mkn...then trs ke umah cik nyah n cik man.....lupa la plak amik pic umah dia ek! x per la...cantik, umah br...seronok la kami n ank2....suasana kg, tp umah besau la...mlm tu pernikahan anak nye tentunya sepupu kami....syg btul meriahnye majlis perkahwinan mereka sampai x ingat nk amik pic, maklumla ank dh ramai....mcm2 kerenah! ade berinai besau pas nikah.....pengantin mengenakan busana tradisional org melaka....ralatnye x der pic nk tunjuk...! nak tahu, siap ade joget lambak....nasib mereka x tarik kami sama2 joget! hehehe mujur cik man nk balik dah...mau pengsan aku nti!

Kteorg balik kul 12pg....fuh, mmg penat! lg penat pengantinnye...dr pg photoshoot tu....pas balik nikah kami trs tdo! coz pg nk gotong royong masukkan telur plak! kul 12tghari bergerak ke majlis perempuan lg tuk bersanding! kul 2 br sanding....dlm kul 3ptg kami gerak pulang...bile tba umah jer nk rehat, tp x bleh....nk tolong2 org kemas....ramai jiran tertangga dtg membantu...seronok sgt, meriahkan mcm tu! mlm tu ade skit marhaban, marhaban di sana siap ade main alat muzik....best, sedap suara mereka.....dlm tdo ku mendgr suara mereka....kehkehkeh....temankan syifa tdo n alya juga iman...so sekali lelap sama la....tahu2 ciknyah panggil tuk mkn....pas mkn pon tdo lg! semua gara2 syifa nk nyusu....

10/10/10 hari yg dinanti....x sabau jumpa cousin....meriah sgt....sambil tu sibuk gak dok susun gift tuk jemputan! dibantu gak oleh cousin2 dara lain...apa pon aku sgt berterima kasih pd family cik nyah...kerana sudi menumpangkan kami bilik....byk plak kami menyusahkan.....berpuas hati gak dtg bantu mereka....tp sygnye x sampai abis majlis then x tolong kemas2 pas majlis....sian, rasa mcm nk patah balik jer....tp Syifa isnin tu ade injection, itu pon kami lewat seminggu....kalo x mmg dok semlm lg!

Monday, October 11, 2010

Setibanya aku di Melaka....

Buat pertama kali berjln di Melaka dgn suami n ank2....seronok benar, sgt2 berbeza dgn melaka 12thn dulu....tiba di sana kul 9.45pg....kami terus menuju ke Zoo melaka...bkn ank2 saje yg teruja, malah kami juga! seronok tgk ank2 gembira! Byk sgt tempat leh dilawati, tp kami hanya pergi zoo melaka jer! Almaklum bw syifa, sian dia letih....hampir 2 jam gak kat sana...sampai syifa tertido dlm stroller....bkn senang nk tgk syifa tdo kat dlm stroller tau!











memang berbaloi ke sana....sampai sengal kaki! pas nie boleh g zoo negara plak...

Thursday, October 7, 2010

Nak ke Melaka....

8hb nie cuti...aku nk ke Melaka...sebenarnye sepupu kawin....mcm biasa aku masih lg terlibat dlm gubahan hantaran n bunga telur....acctually brg dh hantar ke sana, tp nk touch up jer....Sambil tu bleh jejln then memeriahkan umah makcik...heheh...nti kte upload pic di melaka....Nantikan yer...

Hanya 1 hari jer....

Setelah usia Iman 2thn 2bln, ketika ingin ambil ubat kerana demam....tetiba tergerak hati nk minta doktor buatkan UTP...maklumla dh lewat seminggu, risau plak kalo2 ubat tu merbahaya....ternyata aku benar2 mengandung 5weeks....Alhamdulillah, mcm x percaya...patut la aku sejak2 tu mudah berkecil hati...mabuk2 x der, tp papa yg kembung perut n angin...aku hanya  x selera mkn sepanjang kehamilan....memanjang penat, asal balik jer umah 1st sekali ke katil...bile nk masak, x leh diri lama..nti pitam! sakit pinggang jgn ckp la, sama gak memanjang! jln jer asyik tersadung, mujur x terjatuh!

Mcm biasa berat tetap naik 3kg, padahal mkn sandwich sekeping jer...cornflakes ngan susu low fat...itu jer aku mkn, lunch jer mkn nasi kekadang mee...kali nie kat klinik desa aku diarahkan buat MGTT sampai 3 kali....naik bengkak urat aku, dicucuk tempat yg sama.....nak buat mcmner, hulur jer la....result semua ok! Oleh kerana aku ade kes dl....aku sekali lg kena dapatkan pemeriksaan dr pakar di HSA....doktor tgk perut sambil ckp 'besar nie bby awk..' aku jwb, x la doktor...bby saya ok! suka argue ckp doktor aku nie...hehehe
bile dia ukur btul....bby kecil jer...perut yg besar, dia ckp bleh bersalin normal! tapi hanya bleh g ke HSI atau HSA....seblm jumpa pakar aku ada rasa sakit2 nk bersalin....tp bile sampai sana x der jln lg....yg buat pemeriksaan VE tu plak kwn sekolah adikku....nasib la perempuan kan..hehehe malu gak aku walau dh 2kali bersalin!

Nest weekend tu byk la undangan...ape lg jln la...walau pon sakit2....seblom g majlis kawin aku minta sahabatku membuatkan Apple pie...aku mmg teringin nk mkn, mana nk crkan...pregnant kali nie aku mmg x suka ke dapur...malas habis, may be penat kot! sampai jer kwnku ke umah, kami trs ke majlis kwin tu, dlm perjlnan semua dok mkn pie yg sgt sedap...masih panas gitu! Balik dr tiram aku mengalami kontraksi lg...kali nie panjang...tp ntah iye ntah x...balik jer la umah....sampai umah ok jer...mlm tu sakit2 lg...kerna dh penat aku tdo...tetiba mcm terjaga sakit yg amat, sampai aku x leh grak...menitik air mata menahan sakit! dh kejut suami, aku ckp mcmne nie...nk g ke hospital? bile dh leh gerak aku g toilet...then ok plak...tdo jer la..konon pg br g HSI...then serbasalah nk g keje ker g HSI...keje la...Aku ckp ngan suami nk bfast McD guna kupon....masa tgh bfast tetiba aku mcm kena period pain...sampai nk gigil...sakit!

Aku mcm perasan org tgk aku jer....last2 aku segera habiskan mknan trs ke HSI yg x jauh pon....sampai sana dh kul 8.30pg sakit dh 10mnt...g saringan pakar o&g check dh 5cm boleh masuk labour room...alhamdulillah, selamat dlm hati aku..suka x yah g keje...then aku kena buat prosedur turunkan bby kot....coz dia kata bby aku masih floating....kul 10pg masuk LR, tp x buat pon prosedur tu..coz doktor lain check dh OK...air ketumban aku pon dipecahkan...sakit semakin terasa...sampai aku tertido gak la...bile sakit aku tersedar...hp suami bunyi aku tersedar 11.50 nurse ckp dia nk masukkan ubat bg gesa...12.10tgh, aku dh gelisah sakan...doktor dtg tgk bukaan 9.5cm....suh aku tahan, dia nk buang urine..byk dia kata...x berhenti...

Tetiba hp suami leh bunyi, dlm mereka buang urine aku ckp dh x tahan....sambil tinggikan suara! hehehe malu aku! mcm org gelojoh nah...aku trs teran....bidan tgh ajar HO sambut bby....aku benar dpt rasakan kepala bby kat servik....dgn sekali push yg panjang...tanpa sekat2 aku selamat melahirkan ankku....NUR SYIFA AMANI jam 12.20tgh...alhamdulillah....semua selamat! doktor letakkan bby atas dadaku.....menangis tgk bby ku bersih...doktor kata aku x der luka, x yah jahit....bidan ckp nie hanya luka melecet je...mcm x caya kan, 3thn lepas  aku servical tear...alhamdulillah Allah melindungi aku! kul 1.30 aku dibw ke wad....aku berjaya menyusukan bby sejam selepas dilahirkan....kul 4.30ptg aku dibenarkan pulang ptg nie gak....Happy aku....pastu ayahku suh aku tdo wad semlm...br bleh balik! dh tu doktor dh suh balik, nk mcmne plak!



Baby sampai umah x mandi lg...1st nite kat umah sentosa(mertua)....Alhamdulillah semua selamat...nampaknye kelahiran kali nie sgt pendek...syukur aku n syifa sihat....Syifa kini 5bln...

Wednesday, October 6, 2010

Lahirnya cahaya mata ke2...

Kelahiran Iman tanpa dirancang....gara2 lupa mkn pil 2 hari...nk jdkan cite jer ek! pregnantkan Iman semua ok...tp pantang tgk ayam grg atau masak ape pon...loya tekak! kalo cuba makan sure muntah! masa awl2 dl kena time puasa.....aku kena gastric teruk....puasa selang seli....last2 dpt 17 hari jer ker 13hari mcm tu la....perut semakin membesar, n lg besar dari ngandungkan Alya...seminggu awal aku dh cuti sekali diberhentikan kerja...moga2 bby kuar awl..sampai minggu 40 esknye 28hb seblom tu dh kuar tanda darah 26hb Mei..lewat sehari g la klinik seperti biasa....tgg giliran aku la...sampai masa turn aku, nurse tanya sakit ker....aku jawab: x...tp perut rasa keras2....nurse: itu kontraktion...brp jarak masa? aku : 15mnt....then nurse trs bw aku jumpa doktor...doktor VE tgk bukaan 3cm...then dia antar aku naik ambulans, mujur ke klinik dgn kakak...so akakku bw kete sama2 ke hospital....sambil tu aku bgtau suami aku trs ke hospital!

Ketawa aku naik ambulans....1st time tu...mak aiiii abis laju tu! nasib aku x baring....mau tergolek ek! sampai HSA semua tgk ambulans....sekali yg turun mak buyong ngan nurse.....maka aku la PT nye...hahahaha aku relaks jer jln...then aku admitted...oleh kerana aku pernah ada scar previous aku diarahkan bersalin dlm masa 8jam...mlm tu jln masih x berganjak...mlm tu aku tdo nyenyak...

Maka keesokkan hari aku dipanggil tuk pecahkan air ketumban....kemudian aku dipaksa bukakan jalan....sakitnye hanya Allah yg tahu...serik....then nk balik katil amik bju bby, aku pon minta izin nk mkn perut aku lapar...sempat mkn roti 50sen ngan milo....main telan jer, coz dlm hati bru rasa sakit mcm nk bersalin pas pecah air ketumban...fuh....ok! saya ready...sambil meleleh air ketumban....kat LR kena tgg bukaan sepenuhnye...lg sekali kena besarkan jln....masa nie br 5-6cm....sakitnye sampaikan aku genggam lengan nurse sampai dia ckp 'sakiiittlaaa' aku segera minta maaf....hehehe!

Masa nie x abis2 nk kencing....tp kena guna salur...tetiba aku ckp ngan suami nk berak la....then kebetulan doktor dtg...aku pon ckp la nk berak...doktor nk check. bukaan...9.5cm pas tu dia kata jap2...erm...berakla...aku siap ckp, nk berak kat sini ker? a'ah jwb dia....uish...aku dgn selamba teran, konon nk berak betul nie....hehehe then ramai nurse n bidan dtg....ajar aku cara mneran....x pandai la aku...1st time nk lahirkan normal! pushh sampai merah muka....then menjerit...uish.....mmg susah sgt....kontraksi aku alami pendek2....akhirnye bidan angkat kaki aku ke atas...then mr hubby ckp nampak kepala dia.....aku pon semangat nk push lg....akhirnye...bby meluncur laju...bidan suh aku tgk bby ape..semangat tul aku tgk....trs nampak girl...hhaaha


Iman lahir 12.30tgh seberat 4.07kg....luka ku besar...'servical tear' ade bleeding....pakar check then masukkan 2 roll bandatch....aku kena pakai urine bag tuk 1 mlm....ptg br cabut....pas cabut, nk try jln...sampai duduk jer x leh diri aku pening, duduk semula....duduk plak senget2, byk kali cuba bgn...last2 dpt jln tp singgah2 katil ke katil org...pastu mandi wiladah...itu pon mandi duduk....esknye br aku dpt balik....so bersalin kali nie pon lama dok wad mcm ceaser plak....seminggu dok senget...sakit pinggang...Sekarang Iman sudah berusia 3thn....

Sunday, October 3, 2010

Pengalaman manis pahit 2006-2007

Setelah Alya berusia 11bln....aku mula terfikir tuk melanjutkan study....kat SEGI COLLEGE...g interview kat sana dl....tinggalkan alya n papa, siap bw baju masam alya tu....aku berjaya menempatkan diri kat Segi....kursus kejururawatan....konon nk ikut jejak mak la....dorongan mak ayah gak selain suami! Dlm kesibukkan membuat persiapan tuk study, tergerak hati nk buat UTP...maklumlah nk amik kursus x leh pregnant padahal lewat sehari je...

Tanpa diduga, aku sah +ve ! semua org pasti gembira tp aku menangis sedih....x dpt meneruskan hasrat sambung study...3 hari aku murung, akhirnye aku sedar semua ada hikmah...tu rezeki! simpan balik brg2 yg dh packing....baik2 dh resign, maka kena cr keje balik seblom perut membesar....masuk REKANAN CONSULTANTCY hanya 14 hari saja aku berkhidmat lalu aku dibuang kerja tanpa alasan....24hours....Alhamdulillah ade rezeki lain, pd hari yg sama aku dipanggil interview di TISB...syukur aku diterima...rezeki aku murah disana....setiap hari nasi lemak, buah ats meja aku pemberian ikhlas Hasliz rakan kerjaku....dia mmg pemurah!

Sepanjang pregnant semua ok! tp kali nie aku gemar mkn oren, makanan kg...perut aku lg besar bandingkan masa pregnant kan Alya...tiba masa nk cuti bersalin awl seminggu dr due...aku dipanggil ke bilik manager technical....dgn tenang aku terima aku diberhentikan serta merta....juga tanpa alasan....dia suh aku cuti trs, pas nie x yah dtg lg.....(boleh ek) marah tul aku...dgn keadaan perlukan kerja aku dianiaya....suka hati dia jer kata 'u lg senang bleh take care bby' then kemas2 brg, kwn2 sedih.....tlg aku angkat brg! kali nie aku x kan diam diri..aku nk keadilan! kwn2 bg support suh buat report kat labour office....dgn sarat2 aku g sana....selesai segalanye dpt la aku gaji 2 bln maternity, gaji cuti tahunan...Syukurla...moga pas nie x der org yg diberhentikan sesuka hati! Padan muka, x nk org sesuka nk buang ek! Amik ko!

Setelah 6bln selamat melahirkan NUR IMAN SAFIAH, aku mula mencari kerja....sekali mencuba trs dpt! syukur rezeki namanye....join RDC ACHITECT....kat sana aku bekerja keras coz byk nk kena belajar...mmg x boring langsung sgt2 busy...kat sana ada CCTV, busy sampai nk g toilet n pumping pon x sempat! kat sana sgt ketat...punch card guna tumb jari tu....x leh tipu eh! 2 bln kat situ aku dh selesa....sampai hari dpt gaji pertama....aku kira2 gaji kena tolak rm300! apa hal plak....aku turun jumpa PA directior....call akauntan diaorg kata patut dpt full....pekerja br x tolak EPF! then PA nk tanya boss plak....boss panggil aku....dia ckp x adil kalo dia bg aku tp sedangkan semua org pon kena tolak.....tp tukan hak saya...aku bantah jer! last2 aku fikir x nk buat kecohkan...relaks dl la...

Bln ke2 semua dpt resul performance, aku ingat aku x dikire coz masih probation....kul 5ptg aku dipanggil akitek....aku kena tarik beg lg rupanye, mcm masuk AF plak...ade SMS ek! trs teringat lagu tema AF tu....hehehe...ape lg esknye g labour office lg la....dpt lg duit aku.....br aku suka! suka2 hati ek nk tindas org..mentang2 gaji aku kecil....Semua yg berlaku ada hikmah....ramai pekerja RDC dibuang keje, n ramai x kan dok lama kat sana....keje sana mcm robot...
Moga Allah memurahkan rezeki aku sekeluarga...Doa org teraniaya akan termakbul! nie semua asam garam kehidupan...setiap yg diuji pasti kte mampu tempuh.....Allah maha kaya....Dia maha mengetahui..

Friday, October 1, 2010

Pengalaman melahirkan Nur Alya Madiha..

Setelah 8bln berkahwin suatu hari pas balik keje seperti biasa la....nk g mandi! tapi hati nie x sabar2 nk buat UTP, coz dh 6 hari lewat period....be4 tu lewat gak 5 hari...test jer -ve...hampa! plak tu esk trs period....dulu tiap kalo lewat jer test....mcm2 jenis tester aku cuba, tetap sama...nk jd cite, pd hari tu aku try jer beli yg murah....maklumla dh lewatkan! simptom nk period tu mmg dh ade, mcm bengkak B, sengal2 kat rahim...rasa mcm cucuk2 kiri kanan...bile test jer aku kuar line double yg samar2....tunjuk pd en hubby dia suh test lg, erti kata x caya la plak kan!

Test kali lg sama jawapannye....(+ve), dgn linangan air mata Alhamdulillah.....pas 10 hari kami ke klinik nk confirmation....trs scan, x nampak janin pon....tp doktor kata rahim membengkak....buat lg UTP sahlah pregnant! sepanjang 1st trimester semua ok....tinggal x leh lambat mkn, nti kembung perut! alahan cuma pada wangian....no more parfume k! tiap kali check beratku naik 3kg sebln....dari 52kg-70.5kg...

Pada minggu ke30 ujian scan bby breech....sampai hari nk buat prosedur pusingkan bby...ECV...maka kena puasala...admit 1 mlm....suspen bile doktor dh panggil! 3 kali buat failed....oleh kerna x nak tanggung risiko aku set tarikh ceaserean....x takut langsung pon...xcited ade lah....hehehe set awl 2 week....

28hb dtg nk serah diri, konon ingat ketumban leaking...sekali x de ape, so trs jer dok hospital esk nk ceaser pon....mlm tu mula pose, esk doktor kata turn aku yg ke5...maybe dlm kul 11pg! huh...tunggu punya tunggu sampai mcm gak...24jam aku dh x mkn n minum nie...harapkan drip air tu jer...sampai tertdo...nurse kejut nk bw g OT...g bilik persediaan masukkn salur urine tu....trs rasa nk kencing....sakit ek! masa tu dpt minum skit glokus...tgh2 tolak katil...nurse kata eh, x buka kain batik...hehehe kat situ gak aku buka! malu seh....yg tolak org laki....

masuk jer pintu auto OT kul 2pg gak la...sejukkkkkkk...gggrrrhhh terketap2 gigi berlaga..gigil....masuk aku mcm nk ketawa...mcm x caya leh masuk OT, x tahu nape rasa happy! dh masuk kat bilik bedah...doktor terangkan nk buat ape....baik doktor bius tu...dia br dpt bby gak pg td....so mood ceria la! dh tampal pad kat betis....sat lg ade nurse ckp PT bleeding...tolak balik aku keluar....sambil panaskan bdn...nurse n doktor dtg bgtau sorry ade emergency...nurse citer org tu br gak ceaser pg td...tetiba bleeding....aku tanya so nk buka balik ker? angguk nurse....siannye...suasana mmg ngeri gak...nurse suh aku doa byk2 agar semua selamat!



Sampai tertdo aku....nurse kejut nk bw aku msk lg...jam hampir kul 5.30pg semua ok....30hb sept 2005 goyang2 bdn aku coz ditoreh2 kulit, lemak n so on la...aku dpt saksikan coz kain tutup muka jatuh...heheheleh tgk melalui pantulan cermin lampu....jam kul 6pg lahir la NUR ALYA MADIHA sambil dituruti laungan Azan berkumandang di radio....aku menitis air mata kesyukuran....abis semua be4 kuar bilik rasa nk muntah....tp x kuar ape pon....kuar bilik panaskan bdn lg...kul 8 br masuk wad....nurse cucuk moffin tuk tahan sakit n rehat aku still x dpt tdo...happy tgk org dtg lawat! inilah pengalaman aku lahirkan ank sulung...masih segar tau! skrg dh 5thn!